Barisan pelakon Talentime

Watak utama

Melur (Pamela Chong)Watak perempuan utama dari sebuah keluarga berada kacukan Melayu dan Inggeris yang berpemikiran terbuka. Dia berjaya memasuki peraduan Talentime melalui persembahan nyanyian beriringan piano. Melur mengeratkan hubungannya dengan Mahesh apabila Mahesh ditugaskan sebagai pengangkutnya sempena Talentime, lebih-lebih lagi sejak menyedari kecacatan Mahesh. Malangnya pada malam Talentime, dia gagal menjayakan persembahan kerana dilanda emosi.Mahesh (Mahesh Jugal Kishor)Watak lelaki utama berketurunan India yang cacat pendengaran lagi bisu, berasal dari keluarga yang kurang berada dan konservatif. Dia jatuh hati pada Melur semenjak dipilih menjadi pengangkutnya sempena pertandingan. Biarpun kurang upaya, sanak-saudaranya dapat memahaminya melalui perhubungan bahasa isyarat dan gerak-geri. Hubungannya bersama Melur dicabar semenjak Bhavani mendapati adiknya bermalam di rumah Melur.Hafiz (Mohammad Syafie Naswip)Pelajar Melayu yang juga dari keluarga yang kurang berada. Sejak kehilangan bapa sebelum lahir, dia dibesarkan oleh ibu tunggal bernama Embun. Hafiz taat menziarahi ibunya yang menghabiskan sisa hidup di hospital. Dia melayakkan dirinya dengan menyanyikan sebuah lagu gubahan sendiri dengan iringan gitar akustik. Setelah Embun meninggal, dia menyanyikan lagu yang lain di Talentime sebagai penghormatan kepada ibunya.Bhavani (Jaclyn Victor)Kakak kepada Mahesh yang amat memahami adiknya, walaupun selalu berasa cemburu kerana Mahesh seolah-olah lebih dipentingkan oleh ibunya. Dia sedang menuntut di kolej.

Watak pembantu

Senarai ini tidak lengkap; bantulah Wikipedia untuk memperkembangnya.
Amelia Henderson melakonkan watak pembantu sebagai Melati dalam filem ini.Harith Iskander melakonkan watak bapa Melur dalam filem ini.Cikgu Adibah (Adibah Noor)Pengetua sekolah yang mengetuai penganjuran Talentime.Cikgu Tan ()Guru yang ditugaskan menyelia peperiksaan di awal ujian, juga menerima laporan Hafiz menipu, selepas itu menegur Kahoe kerana laporan itu.Cikgu Anuar ()Rakan sekerja Cikgu Tan yang bercakap bahasa pasar ala Cina bersamanya. Perwatakan lawaknya menonjol apabila berlatih untuk Talentime dalam pakaian perempuan, sehingga mengetahui kategori guru dibatalkan.Kahoe (Howard Hon Ka Hoe)Pelajar yang melaporkan Hafiz yang disyaki menipu dalam peperiksaan. Tetapi menjelang akhir filem, dia mengetepikan hal tersebut dan membantu Hafiz menjayakan persembahan.Harith (Harith Iskander)Bapa kepada Melur.(Mislina Mustaffa)Ibu kepada Melur.Mawar (Elza Irdalyna Khairil Anwar)Adik kepada Melur.Melati (Amelia Thripura Henderson)Adik bongsu Mawar.Mei Ling (Tan Mei Ling)Pembantu Rumah Keluarga Melur, Berketurunan Cina Dan Sudah Memeluk Islam, Tetapi Dia Tidak Disukai Oleh Datin Kalsom.Datin Kalsom (Ida Nerina)Kenalan ibu Mawar yang longgar persahabatannya, sehingga digelar Datin Kosong(Sukania Venugopal)Ibu kepada Bhavani dan Mahesh.Embun (Azean Irdawaty)Ibu kepada Hafiz yang menghabiskan hari-hari terakhir riwayatnya di hospital akibat barah otak. Dia meninggal dunia pada malam sebelum Talentime dilangsungkan.Ismail (Jit Murad)Pesakit misteri yang menemani Embun di hospital, dan dianggap sebagai "malaikat ajal" oleh Embun.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Talentime http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2009... http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2009... http://www.talentimethemovie.com http://www.guamuzik.com.my/album_detail/album_main... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo... http://www.tupai.com.my/movies/movie.aspx?search=2... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...